Kerajaan perlu segera ubah akta elak kehilangan khazanah hutan

Treler membawa balak bersaiz luar biasa ditahan untuk pemeriksaan di RNR Gombak setelah ia tular melalui laman sosial Facebook pada Ahad. - JPNP
Treler membawa balak bersaiz luar biasa ditahan untuk pemeriksaan di RNR Gombak setelah ia tular melalui laman sosial Facebook pada Ahad. - JPNP
A
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) menggesa kerajaan supaya segera meminda Akta Perhutanan Negara 1984 dan meletakkan akta tersebut di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan.

Presiden Peka, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, dengan cara itu sahaja semua hutan di negara ini dapat dipelihara.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai treler membawa muatan empat tual balak spesies cengal bersaiz luar biasa yang tular di laman sosial pada Ahad.

Balak berkenaan didakwa dikeluarkan dari dalam kawasan berlesen di Terengganu.

“Kita sangat sedih kerana Terengganu satu-satunya negeri yang masih mempunyai hutan yang banyak haiwan berteduh terutama harimau.

“Terengganu sahaja kini satu-satunya negeri yang mempunyai ekopelancongan yang sangat terkenal,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Kayu balak saiz luar biasa diambil dari kawasan berlesen

Shariffa Sabrina berkata, sekiranya perkara seperti itu tidak dipandang serius oleh kerajaan Persekutuan, negara bakal kehilangan lebih banyak hutan sekali gus menjejaskan bukan sahaja habitat haiwan liar, malah sumber utama air.

Artikel Berkaitan:

“Tidak perlu tunggu lima tahun tapi setiap hari perkara seperti ini boleh berlaku. Kalau kita pergi ke negeri seperti Pahang, Kelantan dan Terengganu, kita mudah nampak lori balak atas jalan.

“Kerajaan perlu melakukan sesuatu,” katanya.