ASTAKA umum keluar PSM

Kenyataan media ASTAKA pada Isnin.
Kenyataan media ASTAKA pada Isnin.
A
A
A

PERSATUAN Sepaktakraw Negeri Sabah (ASTAKA) mengumumkan penarikan diri dari Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Presidennya, Datuk Awang Sham Amit, tindakan dibuat selepas ahli gabungan PSM tersebut memandang serius keputusan Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) menyingkirkan PSM sebagai ahli gabungannya pada 20 Mei lalu.

Jelas Awang Sham, isu tersebut secara tidak langsung akan menjejaskan sukan sepak takraw negara pada masa hadapan.

"Bagi memastikan kelangsungan pembangunan sukan sepaktakraw negara, ASTAKA melalui Mesyuarat Khas Jawatankuasa Eksekutif pada 22 Mei memutuskan menarik diri sebagai ahli gabungan PSM berkuat kuasa serta-merta.

"Pada masa sama, ASTAKA menyokong usaha penubuhan persatuan badan induk negara yang baharu bagi memastikan kelangsungan sukan sepak takraw terus maju ke hadapan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah Awang Sham, ASTAKA dengan setulus hati mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PSM serta barisan kepimpinannya atas segala usaha dan bakti yang telah ditaburkan kepada sukan sepak takraw negara sepanjang penubuhannya.

Artikel Berkaitan: