Harimau Malaya akur kehebatan Kuwait

Antara aksi menarik kedua-dua pasukan pada aksi di di Stadium 7he Sevens sebentar tadi. - Foto FB FAM
Antara aksi menarik kedua-dua pasukan pada aksi di di Stadium 7he Sevens sebentar tadi. - Foto FB FAM
A
A
A

SKUAD Harimau Malaya perlu bekerja lebih gigih lagi menjelang baki kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun, selepas tewas 1-4 kepada Kuwait sebentar tadi.

Pada aksi persahabatan di Stadium 7he Sevens, Dubai itu, Kuwait terlebih dulu di depan hasil jaringan Ahmad Aldhefeery pada minit ke-21' sebelum Guilherme de Paula meledak gol penyamaan pada minit ke-28' untuk kedudukan 1-1.

Pada babak kedua, pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe melakukan sembilan pertukaran, namun tuan rumah lebih garang apabila menambah tiga lagi gol.

Fahad Alhajeri terlebih dulu melebarkan jaringan pada minit ke-55' sebelum dua lagi jaringan Shabaib Alkhaldi (61') dan Fahad Al-Alabraim (68') mengesahkan kemenangan Kuwait.

Anak buah Cheng Hoe akan mengharungi satu lagi perlawanan persahabatan bertemu Bahrain pada 29 Mei ini sebelum mengharungi baki kelayakan menentang UAE, Vietnam dan Thailand.

Artikel Berkaitan: