X

Kindly register in order to view this article
!

Semua rakyat terima vaksin Covid-19 hujung tahun ini: Muhyiddin

Gambar hiasan
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Semua rakyat Malaysia dijangka akan diberi suntikan vaksin Covid-19 sebelum hujung tahun ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia berikutan lebih banyak bekalan vaksin akan diterima.

Justeru katanya, dengan perkembangan terbaharu itu ia akan melancarkan lagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

"Alhamdulillah bahawa rundingan kita dengan perolehan kita telah selesai untuk mendapatkan bekalan lebih daripada100 peratus penduduk Malaysia.

"Maknanya tidak ada masalah (untuk program imunisasi). Isu sekarang ini bukan isu dapatkan bekalan atau tidak dapat bekalan.

"(Tetapi) bila dia hendak sampaikan bekalan itu. Sebab dia bukan datang sekali gus," pada program Bicara Khas bertajuk Cabaran Pandemik Covid-19: Eksklusif Bersama Perdana Menteri yang disiar secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan pada malam Ahad.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Muhyiddin turut menjelaskan kerajaan tiada halangan jika ada pihak di negara ini yang mahu membeli sendiri vaksin Covid-19.

Bagaimanapun katanya, ia perlu mendapat kelulusan daripada Bahagian Regulartori Farmasi Negara (NPRA).


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!