PKNS lancar projek Puteri Daffina X Fasa Akhir

14 unit kediaman rumah teres dua tingkat ditawarkan oleh PKNS menerusi pelancaran projek Puteri Daffina X bermula pada Sabtu.
14 unit kediaman rumah teres dua tingkat ditawarkan oleh PKNS menerusi pelancaran projek Puteri Daffina X bermula pada Sabtu.
A
A
A

KOTA PUTERI - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melancarkan projek terbaru mereka dikenali sebagai Puteri Daffina X Fasa Akhir secara atas talian bermula pada Sabtu.

Pengurus Komunikasi Korporatnya, Faizal Dolah berkata, menerusi pelancaran ini, PKNS menawarkan sebanyak 14 unit kediaman rumah teres dua tingkat merangkumi kemudahan empat bilik tidur dan tiga tandas dengan keluasan 2,049 kaki persegi.

Beliau berkata, Puteri Daffina X merupakan fasa keempat dan terakhir bagi pembangunan projek Puteri Daffina yang menawarkan lebih 230 unit kediaman secara keseluruhan.

"Disebabkan Selangor masih berada bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelancaran projek Puteri Daffina X Fasa Akhir ini terpaksa dijalankan secara atas talian," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Projek Puteri Daffina Fasa 1-3 sebelum ini dilaporkan telah habis dipasarkan susulan permintaan tinggi daripada pembeli yang berminat.

Dalam pada itu, Faizal berkata, semua unit Puteri Daffina X itu juga telah sedia untuk diduduki dan turut mendapat sijil layak menduduki (CF) pada April lalu.

Katanya, setiap unit kediaman berkenaan akan dijual pada harga serendah RM503,000 sehingga RM684,000 dengan tawaran diskaun 10 peratus kepada pelanggan PKNS kali pertama serta 12 peratus buat pelanggan sedia ada.

"Projek ini terletak di kawasan yang sangat strategik kerana dihubungkan dengan dua laluan utama iaitu Lebuhraya Gutrie dan Lebuhraya Latar serta turut dikelilingi pelbagai kemudahan awam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, pembeli yang berminat untuk mendapatkan kediaman projek ini boleh berhubung terus dengan PKNS X Line di talian 03 5022 0188 atau melayari laman web http://www.pkns-property.com dan Facebook PKNS Property untuk mendapatkan maklumat lanjut.