Mulan Jameela kini tampil berjubah

Instagram Mulan Jameela
A
A

JIKA mendengar lagu 'Makluk Tuhan Paling Seksi' pasti mengingati siapakah gerangan penyanyi tersebut, iaitu Mulan Jameela.

Penampilan penyanyi dari seberang itu sentiasa mencuri tumpuan, sesuai dengan konsep dan juga judul lagu yang dibawanya itu.

Namun apa yang ingin dikongsikan adalah Mulan dahulu jauh berbeza, kini penyanyi itu selesa tampil dikhalayak ramai dengan mengenakan jubah dan bertudung labuh.

Isteri kepada komposer dan penyanyi terkenal, Ahmad Dhani dikatakan juga sudah memadam semua gambar-gambar mencolok mata yang pernah dimuat naik di akaun Instagram (IG)nya, sesuai dengan identiti terkininya sebagai Muslimah moden.

Malah, melalui perkongsian gambar-gambar berkenaan juga, Mulan turut berkongsi kapsyen-kapsyen yang lebih Islamik sesuai dengan hijrahnya itu. Malah para peminat juga selesa dengan penampilan penyanyi itu.

Antara perkongsian terkini penampilan Mulan selepas berhijrah.

"Bismillahirrahmanirrahim... Sungguh, manusia berada dalam kerugian...kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran," tulisnnya.

Manakala dalam posting berlainan pula, kapsyen yang ditulis Mulan turut menarik perhatian. "Ya ALLAH, jadikan lelahku ini adalah ibadah dihadapanMu," tulis.

Rata - rata pengikutnya meninggalkan kata-kata semangat buat penyanyi kesayangan ramai itu, dan keluarga.

Sedia maklum, suaminya itu kini Ahmad Dhani kini sedang menjalani hukuman penjara.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Dhani dipenjara 18 bulan, Konsert Dewa 19 diteruskan