Lelaki dari Perak diumum pemenang Cabaran 30 Hari Nestle Omega Plus

KIM CHAN (empat dari kiri) bergambar bersama Perodua MyVi yang dimenanginya sempena Cabaran 30 Hari Omega Plus.
A
A

SSEORANG peserta dari Ipoh, Perak, Tan Kim Chan dinobatkan sebagai pemenang pada Cabaran 30 Hari Nestle Omega Plus baru-baru ini.

Kim Chan, 64, telah menamatkan cabaran itu dengan mencatatkan 50 peratus penurunan paras kolesterol dan menewaskan lebih 600 peserta lain dari seluruh negara.

Dengan itu, beliau membIawa pulang sebuah Perodua MyVi dan perlindungan insurans Allianz Life Insurance Malaysia Berhad yang bernilai sejumlah RM80,000.

​​Kempen tersebut yang bermula dari April hingga September 2018 dianjurkan menerusi jalinan kerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN), Allianz Life Insurance dan Yayasan IJN.

Pemenang ditentukan berdasarkan peratusan pengurangan paras kolesterol yang tertinggi.

Ganjaran bulanan diberikan kepada peserta-peserta yang mencapai kadar pengurangan yang tertinggi pada setiap bulan.

Pada penghujung cabaran, peserta yang mencapai keputusan terbaik akan dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama.

Kim Chan berkata, sebelum ini, beliau mempunyai kadar kolestrol yang tinggi.

Bertekad untuk merendahkan kolesterol dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat untuk jantungnya, lelaki ini kemudian menyahut Cabaran 30 Hari dan mula mengamalkan pengambilan Nestle Omega Plus.

“Saya mula mengambil Nestle Omega Plus dua kali sehari pada waktu pagi dan malam.

"Saya juga mula mengamalkan diet yang lebih sihat dan seimbang selain berhenti mengambil makanan laut yang saya suka, di samping mengelakkan makanan berlemak tinggi. Sebagai tambah nilai, saya meneruskan senaman secara konsisten untuk kekal aktif,” kata beliau.

Usaha cekal Kim Chan akhirnya membuahkan hasil. Sewaktu pemeriksaan susulan, beliau sekali lagi terkejut dengan bacaan kolesterolnya sebanyak 3.88 mmol/L iaitu bersamaan dengan kadar pengurangan 50 peratus dalam tempoh 30 hari sahaja.

Pengarah Eksekutif, Unit Perniagaan MILO® dan Susu, Nestlé Products Sdn Bhd, Kumaran Nowuram berkata, Cabaran 30 Hari Nestle Omega Plus merupakan cara pihaknya meningkatkan akses rakyat Malaysia kepada pemeriksaan kolesterol.

Ia juga usaha pihaknya dalam meningkatkan kesedaran terhadap status (kolesterol) serta mencabar pelbagai tanggapan salah berkaitan kolesterol.

"Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada Kim Chan atas kejayaan beliau dan berharap kisahnya akan memberikan inspirasi kepada lebih ramai individu untuk menjaga kesihatan jantung mereka,” katanya.

Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai Nestle Omega Plus, sila layari www.facebook.com/NestleOmegaPlus.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia