X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Polis cekup suami isteri bawa 1,000 biji pil kuda

1,000 biji pil kuda yang dirampas susulan penahanan sepasang suami isteri di Kampung Kubang Keladi, Gual Tinggi, Rantau Panjang pada Khamis.
A
A

PASIR MAS - Sepasang suami isteri ditahan polis selepas membawa 1,000 biji pil kuda di Kampung Kubang Keladi, Gual Tinggi di sini pada Khamis.

Sebelum itu, pasangan terbabit cuba mengelak daripada melalui sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Banggol Kulim, Rantau Panjang, namun tindakan itu gagal apabila kenderaan yang dinaiki mereka berjaya ditahan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, pasangan suami isteri yang ditahan itu berusia 30 dan 29 tahun.

"Semasa melakukan Op Khas Trafik, sepasukan anggota yang bertugas telah melihat sebuah kereta yang cuba mengelakkan diri daripada melalui SJR.

"Melihat tindakan itu anggota bertugas terus bertindak mengejar kereta tersebut dan berjaya menahannya di Kampung Kubang Keladi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan terbabit telah menjumpai 1,000 biji pil kuda.

Menurutnya, nilai rampasan dadah itu dianggarkan berjumlah RM3,000.

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1957.

"Polis Pasir Mas akan terus menggandakan usaha membanteras pengedaran dan penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!