Papagomo dibebas dengan jaminan polis

Noor Rashid (tengah) dalam sidang media selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan (PJPN) Kontinjen Selangor, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
Noor Rashid (tengah) dalam sidang media selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan (PJPN) Kontinjen Selangor, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM - Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo dibebas dengan jaminan polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya sedang meneliti lebih lanjut dakwaan Papagomo mengasari Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas penamaan calon PRK DUN Semenyih, Sabtu lalu.

"Kita dapati kejadian tidaklah begitu serius hingga hendak berlaku pergaduhan dan sebagainya. Berlaku silap faham, ya! Dan berlaku sedikit tarik menarik berlaku.

"Kita rasa Papagomo boleh dibagi jamin hingga siasatan selesai," katanya dalam sidang media selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan (PJPN) Kontinjen Selangor, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.

Dalam istiadat itu, seramai 318 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas semasa zaman komunis dan darurat telah menerima pingat PJPN.

Mengulas lanjut, Noor Rashid ketika ditanya bila siasatan akan selesai, katanya, pihaknya percaya kes ini akan selesai dalam masa terdekat.

Jelasnya, banyak saksi perlu dikesan dan sekiranya dirasakan saksi terbabit telah mencukupi, perkara ini akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Papagomo direman tiga hari

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Syed Saddiq mendakwa beliau dicaci dan dimaki oleh sekumpulan penyokong yang memakai baju BN semasa berjalan ke tempat letak kereta kira-kira jam 11.05 pagi, selepas penamaan calon PRK DUN Semenyih di Dewan Seri Cempaka, di sini.

Syed Saddiq mendakwa, beliau ditolak dari semua sudut oleh kumpulan berkenaan sebelum beberapa pegawai polis dan sukarelawan Unit Amal Pas menyelamatkannya.

Polis kemudian telah menahan Papagomo dan direman tiga hari bermula kelmarin.