Pencarian Juara Master Chef Dunia 2019

Chef Zubir Zain
Chef Zubir Zain
A
A
A

KUALA LUMPUR - Para chef profesional bertaraf dunia dari benua Asia dan sebuah negara Afrika, Mauritius, akan bersaing dalam pertandingan masakan Worldchef Battlefield 2019 - Battle of Masters (WCB 2019) bagi merebut gelaran "Champion of Masters".

Pertandingan akan diadakan pada 4 April di Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA, Sepang.

Acara yang mendapat sokongan Tourism Selangor itu, dianjurkan DRS PROEVENT secara kolaborasi dengan CZ Restaurant Group.

Acara itu akan dirakam secara langsung dan disiarkan di negara-negara Asia. Pertandingan WCB 2019 menawarkan hadiah wang tunai USD12,000 (RM49, 570 untuk pasukan yang muncul juara.

Format pertandingan adalah peserta dibahagikan dalam 16 kumpulan, yang terdiri daripada empat orang chef dalam setiap kumpulan, yang akan menyediakan masakan yang akan dihakimi oleh sembilan orang juri manakala 10 hakim lagi akan menilai kemahiran para chef di dapur.

Pertandingan ini merupakan yang pertama seumpamanya di Asia, dan chef profesional serta juri Masterchef Malaysia Chef Zubir Zain akan menjadi ketua juri dan mempengerusikan pertandingan.

Sementara itu, panel hakim pertandingan akan diketuai oleh ketua hakim Otto Weibel dari Switzerland, yang mendapat pengiktirafan daripada World Association of Chefs Societies (WACS).

Ahli panel juri yang lain adalah terdiri daripada para profesional dalam industri dari Malaysia, Jerman, Sweden, Hong Kong, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina. - Bernama

Artikel Berkaitan: