KKM arah hospital swasta tingkatkan bilangan katil wad, ICU

Surat daripada Dr Noor Hisham bertarikh 20 Mei 2021.
Surat daripada Dr Noor Hisham bertarikh 20 Mei 2021.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan arahan kepada hospital swasta untuk meningkatkan bilangan katil wad dan unit rawatan rapi (ICU) bagi rawatan pesakit Covid-19.

Menerusi satu surat bertarikh 20 Mei 2021, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM memerlukan kerjasama dan perhatian segera hospital swasta susulan daripada peningkatan pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di hospital.

Katanya, kadar penggunaan katil di ICU di hospital KKM menunjukkan peningkatan yang melebihi 70 peratus dengan kadar penggunaannya di Wilayah Tengah melebihi 100 peratus.

Menurutnya, kadar penggunaan katil wad hospital KKM turut menunjukkan peningkatan dengan kadar penggunaan katil wad yang melebihi 70 ke 90 peratus.

“Setiap hospital swasta yang sedang merawat pesakit Covid-19 perlu meningkatkan lebih banyak katil untuk merawat pesakit Covid-19. Ini melibatkan katil wad dan katil ICU.

“Bilangan maksimum katil yang boleh diagihkan untuk pesakit Covid-19 adalah berdasarkan kapasiti katil wad dan ICU yang dilesenkan,” katanya dalam surat tersebut yang dikongsikan menerusi ciapan di Twitter Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS), KKM pada Khamis.

Dr Noor Hisham berkata, kementerian juga mengambil maklum akan peningkatan yang dialami oleh hospital swasta dalam perawatan pesakit Covid-19 pada masa ketika ini.

Beliau menambah, kes positif dan kematian harian Covid-19 di seluruh negara juga dilihat menunjukkan peningkatan yang membimbangkan sejak pandemik Covid-19 bermula di samping kadar kebolehjangkitan yang masih berada paras yang tinggi.

Artikel Berkaitan: