X

Kindly register in order to view this article
!

Kanak-kanak diselamatkan orang awam dalam kejadian samun

Orang awam berjaya menahan suspek yang disyaki cuba samun kenderaan di Manjung pada Khamis. - Foto Ihsan pembaca
A
A

LUMUT - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun berjaya diselamatkan orang ramai dalam kejadian samun kenderaan di hadapan sebuah premis di Seri Manjung di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa ditinggalkan sendirian dalam kereta jenis Perodua Bezza, sementara ibunya keluar membeli barang.

Mangsa ditinggalkan ketika enjin dan pendingin hawa masih hidup dengan tidak berkunci sebelum kenderaan itu dilarikan penjenayah.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, wanita berusia 36 tahun itu menyedari kejadian berkenaan apabila terlihat suspek membawa lari kenderaan bersama anaknya.

"Wanita itu cuba untuk menghalang keretanya, namun suspek terus memecut laju dan melarikan diri.

"Dengan bantuan orang awam, suspek akhirnya berjaya ditangkap sebelum kereta dan mangsa dapat diselamatkan," katanya menerusi satu kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau berkata, polis membuat tangkapan ke atas suspek berusia 24 tahun itu selepas menerima laporan pada jam 12 tengah hari.

"Hasil saringan awal ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine. Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

"Suspek akan direman untuk disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!