Kertas siasatan Neelofa, keluarga ziarah raya sudah lengkap

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis telah melengkapkan kertas siasatan membabitkan seorang selebriti yang didakwa menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, kertas siasatan itu akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat.

"Merujuk kepada satu video tular membabitkan seorang selebriti yang didakwa menyambut hari raya bersama keluarganya, pihaknya telah membuka kertas siasatan.

“Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Brickfields telah membuka kertas siasatan di bawah Peraturan 17 P.U.(A) 225/21 bagi siasatan dakwaan ziarah raya yang dilakukan oleh ahli keluarga tersebut,” katanya melalui kenyataan pada Rabu.

Difahamkan, selebriti terbabit dipercayai Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menegaskan sebarang aktiviti ziarah raya adalah tidak dibenarkan.

“Pergerakan merentas sempadan negeri dan daerah juga tidak dibenarkan melainkan dengan kebenaran Polis Diraja Malaysia.

“Pergerakan di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah dibenarkan namun aktiviti ziarah raya tetap tidak dibenarkan untuk mana-mana individu sekali pun,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Azmi memaklumkan sekiranya terdapat sebarang maklumat berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), orang ramai diminta untuk menyalurkannya dengan cara menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat Neelofa, keluarga berkumpul sambut raya