MSIA tidak memihak kepada kerajaan laksana PKP menyeluruh

Suasana sebuah pusat beli-belah kelihatan lengang tanpa kehadiran pengunjung ketika tinjauan di sekitar Bukit Bintang pada Selasa. Foto Bernama
Suasana sebuah pusat beli-belah kelihatan lengang tanpa kehadiran pengunjung ketika tinjauan di sekitar Bukit Bintang pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Semikonduktor Malaysia (MSIA) tidak memihak kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh bagi sektor ekonomi dan negara.

Presiden MSIA, Datuk Seri Wong Siew Hai berkata, pihaknya bersetuju jika kerajaan melaksanakan PKP secara bersasar berdasarkan data dan sains.

Tambah beliau, kerajaan perlu mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan dan acara awam yang sesak.

“Perketatkan pergerakan dengan mengurangkan jumlah individu yang hadir pada satu masa dan penutupan harus dipertimbangkan jika kawasan tersebut tidak mematuhi SOP.

“Program vaksinasi juga perlu dipercepatkan agar kita dapat mencapai imunisasi berkelompok lebih pantas dan industri dapat terus beroperasi dengan risiko yang lebih rendah,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, Siew Hai berkata, pihak MSIA komited untuk menguatkuasakan SOP di tempat kerja terutamanya di rumah atau di asrama.

Malaysia adalah bekalan utama bagi industri elektronik global dan sekiranya berlaku penutupan maka akan merugikan sektor tersebut dan tidak dapat dipulihkan.

Pada masa sama, beliau berkata, MSIA juga mendesak kerajaan untuk membenarkan syarikat membawa vaksin menggunakan bantuan korporat untuk mempercepatkan usaha vaksinasi kepada masyarakat.

Artikel Berkaitan: