Fama sedia tiga tan Harumanis bagi jualan diskaun di Shopee

Tiga tan mangga Harumanis akan dijual dengan diskaun sehingga 40 peratus dan penghantaran percuma bagi pembelian menerusi laman mikro eFAMAPLACE di Shopee, bermula Ahad. Gambar hiasan
Tiga tan mangga Harumanis akan dijual dengan diskaun sehingga 40 peratus dan penghantaran percuma bagi pembelian menerusi laman mikro eFAMAPLACE di Shopee, bermula Ahad. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak tiga tan mangga Harumanis akan dijual dengan diskaun sehingga 40 peratus dan penghantaran percuma bagi pembelian menerusi laman mikro eFAMAPLACE di Shopee, bermula Ahad.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dalam kenyataaan pada Isninmemaklumkan, langkah itu berikutan terdapat peningkatan terhadap permintaan buah itu, yang kini dalam musimnya.

Menurut kenyataan itu, sehingga kini sebanyak 28 tan Harumanis telah dijual menerusi portal dalam talian seperti Agrobazar Online dan Shopee, dan dijangkakan jualan tahun ini mampu mencecah sehingga RM66.7 juta.

“Langkah tersebut juga adalah selaras dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri serta kempen Riang Ria Raya FAMA di Shopee yang sedang berlangsung sehingga hujung Mei ini yang antara lain turut menawarkan produk juadah raya.

Kempen ini menawarkan diskaun dan tawaran eksklusif sebagai usaha mendorong jualan hasil segar, makanan dan produk buatan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan,” menurut kenyataan itu.

Menerusi kerjasama dengan Shopee itu, kira-kira 1,500 penjual tempatan dibantu untuk memulakan jualan secara dalam talian. - Bernama

Artikel Berkaitan: