ADUN Pas Kelantan setuju potong elaun sebulan

Hassan mengumumkan pemotongan elaun semua ADUN di bawah Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Kelantan ketika sidang akhbar di Kota Bharu, pada Isnin.
Hassan mengumumkan pemotongan elaun semua ADUN di bawah Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Kelantan ketika sidang akhbar di Kota Bharu, pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Kelantan sebulat suara memotong elaun mereka selama sebulan bagi membantu rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis.

Pengerusi BBC Kelantan, Datuk Hassan Mahamood berkata, pemotongan elaun berjumlah RM7,000 itu melibatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pas.

"Sumbangan ini merupakan bentuk sokongan dan keprihatinan kami terhadap perjuangan rakyat Palestin," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau yang juga ADUN Tawang berkata, sumbangan itu melibatkan dua fasa bagi membantu mengurangkan penderitaan rakyat negara berkenaan.

Menurutnya, buat permulaan sebanyak RM10,000 berjaya dikumpulkan pada Isnin dan sumbangan itu akan diserahkan kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

"Fasa kedua akan dilakukan secara potongan terus melalui elaun wakil-wakil rakyat," kata beliau.

Sementara itu, beliau berkata, BBC Kelantan secara terbuka mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Zionis terhadap penduduk Palestin.

"Jesteru, umat Islam di seluruh dunia diminta untuk terus bermunajat dan berdoa supaya rakyat Palestin mencapai kemenangan dalam perjuangan mereka melawan rejim Zionis," katanya.

Artikel Berkaitan: