X

Kindly register in order to view this article
!

Liek Hou bukan kaleng-kaleng di Sepanyol

Rashid (kiri) bersama Liek Hou yang muncul juara Badminton Para Antarabangsa Sepanyol sekali gus mengesahkan slot ke Sukan Paralimpik Tokyo.
A
A

PEMAIN badminton para negara, Cheah Liek Hou mempamerkan aksi cemerlang untuk muncul juara di Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Sepanyol sekaligus mengesahkan tempatnya ke Sukan Paralimpik Tokyo.

Pemain nombor dua dunia Liek Ho memenangi juara perseorangan dalam kategori SU5 (kecacatan anggota bahagian atas) selepas mengalahkan wakil Jepun, Taiyo Imai dalam final yang berlangsung di Cartagena, Murcia yang berkesudahan 21-13, 21-11 menurut lawan sesawang rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF), https://bwfpara.tournamentsoftware.com.

Jurulatih Liek Hou, Datuk Rashid Sidek berkata kemenangan bekas juara dunia enam kali itu pada Ahad telah mengesahkan tempatnya ke Sukan Paralimpik Tokyo yang bakal berlangsung dari 24 Ogos hingga 5 September depan.

“Saya berpuas hati dengan prestasi Liek Hou dan gembira melihat dia memenuhi sasaran menjuarai kejohanan ini,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Pada bulan lalu, Liek Hou menjuarai Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Fazza-Dubai di Emiriah Arab Bersatu buat kali ketiga selepas mengecewakan pemain Indonesia Dheva Anrimusthi 14-21, 22-20, 21-18 di perlawanan akhir.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Muhammad Ikhwan Ramli gagal mengikut jejak langkah Cheah apabila tewas kepada pemain Korea Selatan Lee Dongseop dalam final kategori WH1 (kerusi roda), 13-21 dan 16-21, pada Ahad. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!