Dua premis, empat pelanggan dikompaun

Antara pelanggan yang dikompaun kerana makan di dalam kedai.
Antara pelanggan yang dikompaun kerana makan di dalam kedai.
A
A
A

JEMPOL - Dua premis di Bahau dikenakan kompaun masing-masing RM10,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, turut dikompaun empat pelanggan yang sedang makan di dalam restoran di Taman Bahau.

Katanya, sebuah pasar borong dan premis kedai makan dikompaun kerana gagal mengehadkan bilangan pelanggan berada dalam premis sehingga tiada penjarakan fizikal selain membenarkan pelanggan makan dalam kedai.

"Empat lelaki dikenakan kompaun masing-masing sebanyak RM1,500 kerana makan di dalam kedai, tidak memakai pelitup muka serta tidak mendaftar masuk ke dalam premis.

"Pemilik kedai makan turut dikompaun atas kesalahan gagal mematuhi SOP ditetapkan," katanya pada Ahad.

Tambah Chang Hook, kesemua kompaun dikeluarkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Artikel Berkaitan: