X

Kindly register in order to view this article
!

KLSCAH bantah tindakan zalim Israel terhadap rakyat Palestin

A
A

SHAH ALAM – Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) membantah tindakan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin yang melanggar Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948.

KLSCAH dalam satu kenyataaan pada Sabtu berkata, di sebalik ketegangan di semenanjung Gaza, ribuan rakyat Palestin tetap menunaikan sembahyang pada hari-hari terakhir Ramadan.

“Tentera Israel telah melancarkan serangan ke atas rakyat Palestin yang sedang beribadat di Masjid Al-Aqsa pada 7 Mei.

“Sebanyak 200 jemaah termasuk kanak-kanak mengalami kecederaan akibat serangan berterusan pihak Israel,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut KLSCAH, pihaknya bimbang bahawa konflik antara kedua-dua pihak yang berlaku pada bulan Ramadan lalu akan mencetuskan perang berskala besar sejak peperangan Gaza yang berlaku pada 2014.

“Pihak Israel telah melancarkan serangan terhadap kawasan Gaza susulan tembakan roket oleh pejuang Hamas.

“Menurut laporan pihak Gaza, terdapat sekurang-kurangnya 103 nyawa (rakyat) Palestin terkorban di Gaza termasuk 38 orang wanita dan kanak-kanak serta 58 orang tercedera akibat serangan Israel manakala tujuh maut di Israel sejak 10 Mei lalu,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!