Pelajar maut kereta mewah dipandu hilang kawalan

Keadaan kereta Audi RS 7 yang dipandu mangsa selepas terlibat dalam kemalangan di Parit Buntar. Foto: pembaca
Keadaan kereta Audi RS 7 yang dipandu mangsa selepas terlibat dalam kemalangan di Parit Buntar. Foto: pembaca
A
A
A

PARIT BUNTAR - Seorang pelajar institut pengajian tinggi swasta (IPTS) maut selepas kenderaan mewah yang dipandunya dipercayai hilang kawalan hingga melanggar lori muatan ayam di KM 179 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.05 petang, mangsa, Muhammad Aiman Mazman, 26, yang memandu kereta jenis Audi RS 7 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, seorang lelaki berusia 23 tahun yang merupakan penumpang hadapan kenderaan terbabit turut mengalami kecederaan parah di kepala.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati kedua-dua mereka dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah menuju ke Kuala Lumpur.