X

Kindly register in order to view this article
!

Anwar kumpul RM500,000 dalam tempoh 24 jam bantu Palestin

Anwar Ibrahim
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Terkesan dengan penderitaan penduduk Palestin akibat kekejaman rejim Zionis, kakitangan Pejabat Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumpul dana bagi membantu penduduk di wilayah berkenaan.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya berjaya mengumpul dana sebanyak RM500,000 dalam tempoh 24 jam untuk kebajikan warga Palestin.

“Syukur Alhamdulillah, dalam tempoh 24 jam kami dapat mengumpul dana sebanyak RM500,000 untuk kebajikan warga Palestin.

"Lantaran keadaan terdesak di Semenanjung Gaza, kami telah mengirim segera kepada mereka dan berharap dapat memberi kelegaan kepada penduduk yang terkesan," katanya menerusi siaran video pendek dimuat naik di laman Facebooknya pada Sabtu.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menggesa pertubuhan tempatan serta komuniti antarabangsa segera menghulurkan bantuan semampu yang mungkin dalam membela warga tertindas di Palestin.

Katanya, perkembangan di Gaza dengan kezaliman, keganasan dan kebiadaban yang dilakukan rejim Zionis Israel sudah keterlaluan dan bukan kali ini malah berabad lamanya.

"Kalau hendak harapkan masyarakat antarabangsa masyarakat Islam sendiri pun lemah dan negara Barat mengambil sikap yang sangat hipokrit bertentangan dengan nilai kemanusiaan.

"Mereka membantah 'white supremacy' dan menyatakan bantahan terhadap apartheid tetapi yang dilakukan Israel itu dibiarkan begitu rupa.

"Kita harus bertindak, ada yang merasakan gelisah sebab di negara kita sekarang menghadapi masalah tetapi ada kalanya di mana tuntutan bukan sahaja agama tetapi kemanusiaan meminta kita membuat sesuatu yang lebih," katanya.

Jumaat lalu, tentera Israel melakukan pencerobohan terhadap rakyat Palestin dan jemaah yang sedang beribadah di Masjid Al-Aqsa.

Tindakan Israel menceroboh Masjid Al-Aqsa menerima kecaman hebat masyarakat dunia yang mendesak pihak berkaitan bertindak segera dan bersatu menentang kezaliman tentera Zionis.

Penderitaan rakyat Palestin akibat serangan Israel ternyata berhasil menyatukan semua pihak di negara ini walaupun pada dasarnya saling berbeza ideologi khususnya dari aspek politik.

ARTIKEL BERKAITAN: Israel lakukan kekejaman sama seperti Nazi: Dr Mahathir


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!