X

Kindly register in order to view this article
!

Rundingan pastikan hak orang asli Mah Meri terjamin: Amirudin

Ciapan Amirudin di Twitter pada Jumaat.
A
A

SEPANG - Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) akan mempertimbangkan permohonan lanjut tempoh pemindahan komuniti Mah Meri selepas mengadakan rundingan bersama suku itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi ciapannya di Twitter pada Jumaat memaklumkan tanah tersebut milik PNSB.

“Fakta berkenaan tanah tersebut milik PNSB adalah tepat dan bukan tanah adat seperti yang didakwa. Walaupun demikian, kerajaan Selangor telah melaksanakan rundingan dan menerima permohonan untuk lanjutan tempoh pemindahan.

“Permohonan itu akan diberi pertimbangan sewajarnya berlandaskan undang-undang,” katanya dalam ciapan tersebut.

Pada Jumaat, Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asal Selangor, Hee Loy Sian mengesahkan bahawa Kampung Orang Asli Bagan Lalang, di sini tidak diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sebagai penempatan tetap orang asli di kawasan tersebut.

Menurutnya, penempatan itu pada asalnya dihuni oleh tukang cuci di medan selera dan tandas awam yang merupakan penduduk asal Kampung Orang Asli Bukit Bangkung, Sungai Pelek untuk memudahkan perjalanan ulang-alik dari kampung asal ke tempat kerja di Bagan Lalang.

Sementara itu, menurut laporan portal berita The Malaysian Insights pada Jumaat, sebuah perkampungan orang asli di sini diusir untuk memberi laluan kepada satu produk pelancongan yang dibina oleh syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

Menurut laporan tersebut, pembangunan tersebut merupakan resort mewah sedia ada Avani Sepang GoldCoast yang dimiliki oleh PNSB.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!