Mayat wanita ditemui terapung

Mayat seorang wanita ditemukan terapung dalam keadaan kembung di Sungai Batu, Batu 3 Jalan Ipoh di sini pada Jumaat. - Foto ihsan Bomba KL
Mayat seorang wanita ditemukan terapung dalam keadaan kembung di Sungai Batu, Batu 3 Jalan Ipoh di sini pada Jumaat. - Foto ihsan Bomba KL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mayat seorang wanita ditemui terapung dalam keadaan membengkak di Sungai Batu, Batu 3 Jalan Ipoh di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai mayat dalam keadaan terapung dan terperangkap dalam sampah sarap itu kira-kira jam 10.30 pagi.

"Mayat wanita yang dipercayai warga tempatan itu berumur lingkungan 30 tahun ditemui orang awam dalam keadaan bogel.

"Bagaimanapun, identiti mangsa tidak dapat dikenalpasti kerana tiada dokumen pengenalan diri dijumpai bersama mayat," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Beliau memberitahu, siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kerja-kerja mengangkat keluar mayat dibantu anggota bomba dari Balai Bomba Sentul.

"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

"Polis Kuala Lumpur menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482206 atau Pegawai Penyiasat Sarjan Omar Sharib di talian 03-40482226," katanya.

Artikel Berkaitan: