X

Kindly register in order to view this article
!

MB, Exco Terengganu potong sebulan gaji bantu Palestin

MOHD NOR
A
A

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bersetuju menyumbang sebulan gaji masing-masing untuk disalurkan ke dalam Tabung #Aid4Palestine.

Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas turut menyumbang sebanyak RM3,000 seorang.

"Setakat ini, syarikat GLC turut menyumbangkan dana dengan bantuan terkumpul sebanyak RM100,000. Langkah ini adalah komitmen serta solidariti kerajaan negeri dalam membantu saudara di bumi Palestin yang sememangnya terkesan dengan kekejaman zionis Israel.

"Saya ingin menyeru kepada pihak-pihak seperti syarikat swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat untuk menyumbang bagi membantu penduduk Palestin," katanya ketika dihubungi pemberita pada Jumaat.

Dalam pada itu, katanya, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah giat menggerakkan kempen bagi meningkatkan lagi kutipan dana untuk membantu rakyat Palestin.

Beliau berkata, ia sebagai platform bagi membolehkan seluruh rakyat di negeri ini untuk sama-sama menghulurkan sumbangan.

Sebelum ini, kerajaan mengambil langkah menubuhkan sekretariat #Aid4Palestine bagi menyelaras bantuan kewangan untuk Palestin dan menyasarkan kutipan sebanyak RM1 juta.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!