X

Kindly register in order to view this article
!

Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS pagi ini

Ringgit menyusut berbanding dolar AS pada sesi urus niaga pagi ini, terkesan dengan jumlah kes Covid-19 yang tinggi sejak kebelakangan ini.
A
A

RINGGIT menyusut berbanding dolar AS pada sesi urus niaga pagi ini, terkesan dengan jumlah kes Covid-19 yang tinggi sejak kebelakangan ini, kata seorang penganalisis.

Pada jam 9 pagi, nilai mata wang tempatan lemah kepada 4.1240/1280 berbanding dolar AS pada 4.1160/1210 ketika ditutup pada urus niaga sebelumnya.

Pedagang ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, Malaysia masih lagi berdepan dengan peningkatan jumlah penularan Covid-19 dan ini telah memberi kesan kepada unit tempatan sejak beberapa hari lalu.

“Sekiranya ia masih kekal sebegitu, dagangan dolar AS/ringgit boleh mencapai paras 4.1500 dalam beberapa hari akan datang,” katanya dalam satu nota hari ini.

Sementara itu, Rakan Pengurusan Global SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, ringgit terus terperangkap dengan pemulihan tanpa arah.

Bagaimanapun, beliau berkata, ringgit masih lagi bertahan kerana harga minyak dan komoditi yang tinggi mampu menawarkan sedikit sokongan.

"Kami menjangkakan sesi dagangan yang lengang menjelang pengumuman indeks harga pengguna AS lewat petang ini," kata beliau kepada Bernama.

Pada paras pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Berbanding pound Britain, ia meningkat kepada 5.8252/8312 daripada 5.8171/8259 dan menyusut berbanding yen kepada 3.7911/7955 daripada 3.7814/7863.

Berbanding dolar Singapura pula, ringgit lemah kepada 3.1073/1105 daripada 3.1027/1085 dan mengukuh berbanding euro kepada 5.0049/0110 daripada 5.0071/0140. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!