EB Frozen Food sedia platform peniaga jual makanan sejuk beku

A
A
A

SHAH ALAM - Syarikat pengeluar makanan sejuk beku, EB Frozen Food menawarkan peluang perniagaan menerusi produk keluaran mereka.

Peluang terbuka kepada mereka yang baru berjinak-jinak atau berminat menceburi program keusahawanan syarikat itu, termasuk peniaga besar yang mahu memasarkan produk berkenaan secara meluas.

Sossy Chicken Roll (salted egg).
Sossy Chicken Roll (salted egg).

Menurut jurucakap EB Frozen Food, usahawan yang berminat perlu sertakan deposit wang berjumlah RM2,000 untuk satu unit peti sejuk beku dan juga produk keluaran EB Frozen Food berjumlah RM1,500.

“Kami sediakan peti sejuk beku berserta produk keluaran syarikat, peniaga hanya perlu menjualnya sahaja,” katanya kepada Sinar Harian ketika memperkenalkan produk makanan sejuk beku terbaru keluaran syarikat itu, baru-baru ini.

Menu berkhasiat yang boleh dipelbagaikan.
Menu berkhasiat yang boleh dipelbagaikan.

Menurutnya, melalui deposit RM2,000 itu juga peniaga akan menerima kontrak selama 12 bulan bagi menjual produk keluaran EB Frozen Food.

Artikel Berkaitan:

Kemudian, mana-mana usahawan yang berjaya mencapai jualan RM20,000 dalam masa setahun kolaborasi bersama EB Frozen Food, wang deposit RM2,000 itu akan dipulangkan.

“Selain itu, peniaga juga akan menerima pembaharuan kontrak secara automatik untuk 12 bulan lagi dan peti sejuk beku mereka juga akan dinaiktarafkan,” katanya sambil memberitahu peniaga yang menyertai program itu dikehendaki menjual produk yang utama atau mandatori.

Walau apa juga cara masakan ia kekal berjus.
Walau apa juga cara masakan ia kekal berjus.

EB Frozen Food mempunyai lebih daripada 50 produk tetapi peniaga dikehendaki menjual enam produk mandatori atau produk utama syarikat.

Program keusahawanan itu bertujuan memperkenalkan EB Frozen Food kepada pelanggan baru yang masih belum mengenali produk-produk keluaran syarikat itu.

Selain itu, ia bertujuan menggalakkan orang ramai menceburkan diri dalam industri makanan sejuk beku, sekali gus membantu mereka yang berminat berjinak-jinak dengan perniagaan menjana pendapatan.

Chicken Ring Roll mudah disediakan.
Chicken Ring Roll mudah disediakan.

“Kami berhasrat untuk membina perkongsian dan maju bersama peniaga pada masa hadapan. Bagi yang mempunyai kedai runcit, anda boleh sertai program ini,” katanya.

Apa yang menarik, pihak EB Frozen Food sendiri akan menyediakan konsep pemasaran untuk memudahkan peniaga atau usahawan yang menyertai program berkenaan.

“Pemasaran bermaksud menyediakan edaran risalah, poster, kad dan sebagainya. Semua ini pihak kami sediakan untuk mudahkan peniaga berurusan dengan pelanggan,” katanya.

Sehingga kini katanya, pihak mereka telah mempunyai lebih 100 ejen atau usahawan di seluruh Malaysia yang menyertai program keusahawanan EB Frozen Food.

Hidangan Prawn Paste yang menyelerakan.
Hidangan Prawn Paste yang menyelerakan.

EB Frozen Food juga telah mengeksport produk sejuk beku keluaran mereka ke 28 buah negara, antaranya Singapura, Vietnam, China, Taiwan, Hong Kong dan Australia.

“Kami akan terus meneroka pasaran baru dalam mengembangkan produk yang lebih sihat bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna di seluruh dunia,” katanya.

Wawasan EB

Kilang EB yang terletak di Kulim.
Kilang EB yang terletak di Kulim.

Mengenai latar belakang EB Frozen Food, syarikat itu telah ditubuhkan pada tahun 2016 dengan memfokuskan kepada pembuatan dan pengedaran pengeluaran makanan sejuk beku.

Mempunyai tiga kilang yang terletak di Butterworth, Penang Science Park dan Kulim Hi Tech Park dengan 1,100 orang pekerja, EB Frozen Food telah menghasilkan siri produk sejuk beku seperti Siri Steamboat, Siri Dim Sum, Siri Makanan Berjejari dan Siri Ayam.

No Image Caption

Jelasnya, pasukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) mereka juga akan terus bekerja dalam meneliti dan mengembangkan produk baru berdasarkan permintaan di pasaran.

Proses pembuatan produk mereka juga melalui proses yang ketat dan mengikut piawaian Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (HACCP) dan Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan ISO 22,000.

Logo Halal tertera di setiap pek produk EB Frozen Food.
Logo Halal tertera di setiap pek produk EB Frozen Food.

Melalui piawaian yang ketat produk makanan itu sesuai dinikmati semua orang termasuk pengguna Muslim malah logo Halal ada di setiap pek produk EB Forzen Food.

“Pada masa depan, kami akan menumpukan kepada produk yang cepat, mudah dan siap untuk dimakan sesuai dengan gaya hidup kini yang lebih pantas,” katanya.

Produk Ring Roll sihat untuk dimakan kerana dihasilkan daripada bahan Non-GMO kacang soya.
Produk Ring Roll sihat untuk dimakan kerana dihasilkan daripada bahan Non-GMO kacang soya.