Dua serangan bom sasarkan bas penumbang di Afghanistan

 Kejadian letupan bom di wilayah Zabul yang menyasarkan sebuah bas penumpang. - Foto Dailymail
Kejadian letupan bom di wilayah Zabul yang menyasarkan sebuah bas penumpang. - Foto Dailymail
A
A
A

MOSCOW - Sebuah bom yang ditanam di bahu jalan meletup dan memusnahkan sebuah bas penumpang, di wilayah Parwan, Afghanistan, insiden kedua dalam tempoh 24 jam, lapor Sputnik memetik TOLOnews pada Isnin.

Letupan berlaku di kawasan Pul-e-Matak di Parwan pada pagi Isnin, mengorbankan dua orang awam dan mencederakan sembilan yang lain.

Pada awal pagi, menurut sumber satu lagi kejadian letupan bom berlaku di wilayah Zabul, juga menyasarkan sebuah bas penumpang.

Kejadian itu meragut puluhan nyawa dan mencederakan 41 yang lain.

Setakat ini, tiada kumpulan, termasuk Taliban mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: