Isu disabotaj RTM: Kenyataan Swee Kuan bersifat peribadi

Anthony (dua,kanan) ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Menara Sentral RAC di Lot PT26, Seksyen 55, Jalan Tun Sambantnan, Brickfields hari ini.
Anthony (dua,kanan) ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Menara Sentral RAC di Lot PT26, Seksyen 55, Jalan Tun Sambantnan, Brickfields hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, menyifatkan kenyataan dikeluarkan setiausaha akhbarnya Lim Swee Kuan, berhubung isu dakwaan RTM cuba sabotaj menteri itu adalah bersifat peribadi.

Beliau berkata, kenyataan itu tidak mewakili beliau kerana tiada sebarang arahan dibuat untuk kenyataan itu dikeluarkan.

Bagaimanapun menurutnya, beliau tidak melihat perkara itu sebagai unsur campur tangan dalam media sebaliknya ada perkara yang perlu diperjelaskan.

“Ini bukan soal untuk campur tangan kebebasan media, persoalannya kita mahu tahu mengapa ada bahagian yang dipotong.

“RTM adalah stesen televisyen kerajaan. Majlis itu siarkan secara langsung tetapi kenapa ada bahagian tidak disiarkan.

“Apapun saya serahkan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo untuk selesaikan perkara ini,”katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Menara Sentral RAC di Lot PT26, Seksyen 55, Jalan Tun Sambantnan, Brickfields, di sini, hari ini.

Sebelum ini Swee Kuan dilaporkan mempersoalkan tindakan RTM tidak menyiarkan ucapan Anthony Loke sempena sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2019 di Dataran Centrio, Seremban pada Ahad.

Bagaimanapun, Gobind Singh telah meminta RTM menyediakan laporan berhubung dakwaan tersebut sebelum sebarang tindakan lanjut dibuat.

Artikel Berkaitan:

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Koya, pula menerusi kenyataannya di Twitter beliau semalam menyifatkan tindakan Swee Kuan mendakwa RTM cuba mensabotaj Anthony Loke, sebagai angkuh kerana tidak sepatutnya wujud peraturan ucapan ahli politik kerajaan disiarkan secara langsung.

ARTIKEL BERKAITAN Sabotaj kerajaan: RTM diarah sedia laporan