PH ada aura di DUN Semenyih

Mohamad Suparadi Md Noor
Mohamad Suparadi Md Noor
A
A
A

TANAH MERAH - PH mempunyai aura tersendiri dan DUN Semenyih sebelum ini juga turut dikuasai parti ini dengan majoriti besar dalam PRU14.

Pengerusi PKR Kelantan, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor berkata, pihaknya yakin dengan calon muda yang diketengahkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

"Insya-ALLAH kita yakin menang dengan kekuatan jentera dan kempen yang dilakukan dalam usaha memastikan DUN Semenyih milik PH.

"Walaupun sebelum ini di Cameron Highland kita tewas pada BN, namun momentum di Semenyih berlainan di mana majoriti besar masih berpihak pada PH dalam PRU sebelum ini "katanya.

Beliau menambah, kerjasama BN dan Pas juga tercalar dengan beberapa isu termasuk skandal dana RM90 juta dan pengakuan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz terhadap audio yang tular sebelum ini.

"Isu ini turut menyebabkan penyokong mula timbul rasa kurang percaya apabila mereka secara terang-terangan berbohong.

"Di samping itu, kita lihat BN kembali mahu menawan pengundi dengan penjenamaan semula Datuk Seri Najib menggunakan perkataan 'Malu Ape Bossku',"katanya.

Suparadi menambah, sebenarnya ini semua hanya sebagai isu untuk menutup kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri itu.

Artikel Berkaitan:

"Apa pun rakyat berhak memilih, maka lakukanlah pilihan yang bijak dan pilihlah pimpinan yang dipercayai," katanya.