Ratusan rakyat Palestin cedera ditembak polis Israel

BAITULMAQDIS - Sekurang-kurangnya 200 rakyat Palestin cedera selepas polis Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa dan menembak jemaah menggunakan peluru getah dalam kejadian di wilayah timur Baitulmaqdis.
Memetik laporan media antarabangsa, ribuan jemaah berkumpul di majis tersebut pada Jumaat terakhir Ramadan dan melakukan demonstrasi sebagai solidariti terhadap pengusiran yang dilakukan oleh Israel.
Polis dan pasukan sempadan Israel telah menyerang penunjuk perasaan menggunakan gas pemedih mata, peluru getah dan bom tangan sejak beberapa hari lalu.

Puluhan rakyat Palestin turut dilaporkan ditangkap dalam kejadian tersebut.
Ketegangan di Baitulmaqdis semakin memuncak sejak beberapa minggu lalu, berikutan rakyat Palestin memprotes larangan Israel terhadap akses ke beberapa bahagian di Kota Lama ketika Ramadan.
Selain itu, pihak berkuasa mengarahkan beberapa keluarga Palestin meninggalkan rumah mereka bagi memberi jalan untuk penduduk Israel.
Amerika Syarikat (AS) menggesa ketegangan diredakan dan berkata, ancaman pengusiran itu akan memburukkan lagi situasi di Baitulmaqdis, susulan amaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung pengusiran secara paksa itu akan membawa kepada 'jenayah perang'. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Indonesia larang polis guna vape
02 November 2026 07:53amNenek simbah minyak tanah, bakar cucu hingga koma
02 November 2026 07:20am33 negara gesa rakyat simpan bekalan
02 November 2026 07:10amArahan simpan bekalan makanan, apa sedang berlaku?
02 November 2026 07:00am'Niat ke klinik hanya mahu MC, sekali disahkan kanser tahap tiga'
01 November 2026 11:42amPenyampai radio, DJ Akhiey meninggal dunia ketika dapat rawatan di hospital
01 November 2026 08:20pmMPV dinaiki empat sekeluarga dihempap lori tar, dua maut
01 November 2026 06:15pmSuami orang, rakan sekerja dicekup berkhalwat di resort
01 November 2026 11:33am- Iklan -- Iklan -
