Ratusan rakyat Palestin cedera ditembak polis Israel

BAITULMAQDIS - Sekurang-kurangnya 200 rakyat Palestin cedera selepas polis Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa dan menembak jemaah menggunakan peluru getah dalam kejadian di wilayah timur Baitulmaqdis.
Memetik laporan media antarabangsa, ribuan jemaah berkumpul di majis tersebut pada Jumaat terakhir Ramadan dan melakukan demonstrasi sebagai solidariti terhadap pengusiran yang dilakukan oleh Israel.
Polis dan pasukan sempadan Israel telah menyerang penunjuk perasaan menggunakan gas pemedih mata, peluru getah dan bom tangan sejak beberapa hari lalu.

Puluhan rakyat Palestin turut dilaporkan ditangkap dalam kejadian tersebut.
Ketegangan di Baitulmaqdis semakin memuncak sejak beberapa minggu lalu, berikutan rakyat Palestin memprotes larangan Israel terhadap akses ke beberapa bahagian di Kota Lama ketika Ramadan.
Selain itu, pihak berkuasa mengarahkan beberapa keluarga Palestin meninggalkan rumah mereka bagi memberi jalan untuk penduduk Israel.
Amerika Syarikat (AS) menggesa ketegangan diredakan dan berkata, ancaman pengusiran itu akan memburukkan lagi situasi di Baitulmaqdis, susulan amaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung pengusiran secara paksa itu akan membawa kepada 'jenayah perang'. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -11 maut pesawat terhempas di Perancis
28 Jun 2026 10:25pm14 maut nahas helikopter Saudi Aramco
28 Jun 2026 09:14pmIran kembali kuasai Selat Hormuz
28 Jun 2026 09:06pmBudak 11 tahun terperangkap 72 jam bawah runtuhan masih hidup
28 Jun 2026 06:40pmMayat dalam beg pakaian: Dibunuh kejam gara-gara bayaran RM62
28 Jun 2026 05:53pmMayat dalam beg pakaian: Dibunuh kejam gara-gara bayaran RM62
28 Jun 2026 05:53pmLapan cedera, wanita tersepit dalam nahas tiga kenderaan
28 Jun 2026 12:20pmJangan undi PH, undi calon BN - Tuan Ibrahim
28 Jun 2026 09:00am- Iklan -- Iklan -
