16 negeri di AS saman Trump

 Xavier Becerra. - Foto AP
Xavier Becerra. - Foto AP
A
A
A

CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. California dan 15 negeri lain di Amerika Syarikat (AS) dilapor menyaman Presiden Donald Trump berkaitan pelan pengisytiharan 'darurat negara' bagi membiayai pembinaan tembok sempadan AS-Mexico.

Dalam satu kenyataan semalam, Peguam Negeri California Xavier Becerra berkata, saman berkenaan mendakwa tindakan kerajaan Trump melanggar Perlembagaan AS.

"Presiden Trump menghina kedaulatan undang-undang. Trump tahu tiada sebarang krisis di sempadan, dan beliau juga tahu pengisytiharan darurat adalah tidak perlu," kata Becerra.

Dalam pada itu, antara negeri lain yang turut memfailkan saman termasuk Colorado, Connecticut, Delaware, Hawaii, Illinois, Maine, Maryland, Michigan, Minnesota, Nevada, New Jersey, New Mexico, New York, Oregon, serta Virginia.

Terdahulu, Trump mengisytiharkan pelan 'darurat negara' bagi memenuhi hasrat membina tembok sempadan AS-Mexico sepertimana yang dijanjikan beliau ketika kempen Pilihan Raya Presiden AS pada 2016 lalu.

Langkah terbabit membenarkan presiden melangkaui Kongres bagi menggunakan dana Pentagon dan juga beberapa bajet yang lain.

Kesemua negeri terbabit mendakwa, penggunaan dana ketenteraan bagi tujuan pembinaan tembok sempadan bakal memberi kesan ekonomi dan menyebabkan pangkalan tentera tidak mendapat penambahbaikan yang diperlukan.

"Presiden Trump sendiri yang 'mencipta' krisis dan mengisytiharkan 'darurat negara' bagi menunjukkan kuasa dan merendah-rendahkan Perlembagaan," tegas Gabenor California Gavin Newsom yang turut melabel perintah 'darurat negara' sebagai sesuatu yang memalukan negara.- AP

Artikel Berkaitan: