Syed Iqmal sibuk jual tudung, biskut raya

 Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful
Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful
A
A
A

MESKIPUN terpalit dengan dakwaan kes rogol dan cabul, pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 25, tidak menjadikannya sebagai penghalang untuk terus bergiat aktif dalam dunia perniagaan.

Syawal yang bakal diraikan dalam masa beberapa hari sahaja katanya turut melonjakkan jualan tudung dan biskut raya.

Selain dua produk tersebut, dia turut menjual pelitup muka menerusi pelbagai saluran seperti Instagram.

"Alhamdulillah, banyak produk terjual malah ramai ejen yang menjayakan jualan berkenaan," katanya ketika ditemui di luar Mahkamah Sesyen Shah Alam di sini pada Rabu selepas prosiding kes rogol yang dipertuduhkan terhadapnya.

Menyentuh sambutan Syawal tidak lama lagi, Syed Shah Iqmal berkata, dia kini berasa lebih gembira berbanding tahun lalu.

Ini kerana katanya, dia dapat menyambut Ramadan dan Syawal dengan ibunya.

"Saya akan menyambut Aidilfitri di Bandar Tropikana Aman di sini dalam suasana biasa sahaja, lebih-lebih lagi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini," katanya.

Artikel Berkaitan: