Lelaki hilang ditemukan maut dalam kereta

Mayat lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an itu ditemukan di tempat duduk pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Kajang.
Mayat lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an itu ditemukan di tempat duduk pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Kajang.
A
A
A

KAJANG - Kehilangan seorang lelaki sejak 20 Oktober lalu terungkai apabila mayatnya ditemukan di dalam sebuah kereta di tepi Jalan Impian Mahkota 1 di sini pada Jumaat.

Mayat lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an itu ditemukan di tempat duduk pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat itu pada jam 11.29 malam.

"Pemeriksaan awal mendapati enjin kenderaan berkenaan tidak dihidupkan, manakala pintunya berkunci dari dalam.

"Pihak bomba membantu membuka pintu kenderaan tersebut sebelum mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Kajang," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, siasatan awal setakat ini tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian, manakala bedah siasat akan dilakukan untuk menentukan punca kematian.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Shisheewady Ruzani menerusi talian 016-856 5670 bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!