Suspek utama kes bunuh, bakar mayat ditahan

Mayat tanpa identiti ditemui terbakar di tepi jalan di Kampung Padang Air pada 17 April lalu.
Mayat tanpa identiti ditemui terbakar di tepi jalan di Kampung Padang Air pada 17 April lalu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Polis mengesahkan penahanan suspek utama kes bunuh dan bakar mayat yang dijumpai rentung di dalam cerun semak di Kampung Padang Air, Kuala Nerus pada 17 April lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, lelaki tempatan berusia 36 tahun itu ditahan di Marang pada Sabtu lalu.

"Susulan penahanan suspek utama itu, kita yakin kes pembunuhan tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat ini.

"Kini kita dalam usaha melengkapkan kertas siasatan dan mengumpul bahan bukti kes untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan seterusnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Hamper Aidilfitri 'Khairunnisa' kepada Polis Terengganu, di Dewan Redang Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja pembersihan jumpa mayat terbakar dalam semak

Mayat ditemui terbakar mungkin wanita

Mangsa mungkin dibunuh sebelum dibakar

Kata Roslee, bagaimanapun motif pembunuhan masih dalam siasatan dan pihaknya sudah menahan serta mengenalpasti beberapa individu lagi yang boleh dipanggil sebagai saksi.

Sebelum ini, Sinar Harian ada melaporkan dua lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an hingga awal 60-an itu ditahan di dua lokasi berasingan di daerah Marang, pada Sabtu lalu.

Kedua-duanya direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan mayat Kak Yah'

Artikel Berkaitan: