Langkah Pas untuk halang DAP: Nik Abduh

Nik Abduh
Nik Abduh
A
A
A

SHAH ALAM - "Apa pun move (langkah) Pas, ia adalah untuk halang DAP. Ia isu kedaulatan Islam," demikian kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau berkata, tidak timbul isu sekiranya Pas, UMNO dan Bersatu bekerjasama.

Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu sidang media berkata, surat perakuan bertulis berbentuk contoh yang diserahkan parti itu kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah untuk menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Pengerusi Bersatu itu jika berlaku pengkhianatan daripada mana-mana parti komponen PH.

No Image Caption

Katanya, Pas dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebelum ini menghidu seolah-olah sesuatu tidak kena akan berlaku dalam kerajaan hari ini.

Beliau berkata, ia berikutan kenyataan Dr Mahathir sebelum ini bahawa akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana parti komponen PH yang melakukan pengkhianatan kepada negara.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini menggesa Takiyuddin mengemukakan bukti mengenai dakwaan ada dua parti komponen dalam PH bercadang mengemukakan undi tidak percaya terhadap Dr Mahathir.

Artikel Berkaitan: