Cuba EB Frozen Food, makanlah tanpa keraguan!

No Image Caption
A
A
A

Ramadan hanya berbaki kurang 10 hari. Sudah kehabisan idea untuk sediakan menu berbuka atau bersahur? Dengan dua produk keluaran EB Frozen Food, kerunsingan anda bakal berakhir!

Dua produk yang dimaksudkan ini memang disukai. Crispy Fried Chicken Wonton dan Chicken Roll ternyata berbeza dengan pproduk sejuk beku lain. Apa yang menarik tentang kedua-duanya?

Jom kita kenali dulu keistimewaan Crispy Fried Chicken Wonton. Wonton atau disebut wantan ialah sejenis ladu yang didapati dalam pelbagai masakan masyarakat Cina. Ia boleh dihidangkan dalam dua cara sama ada digoreng atau direbus dalam sup.

Masyarakat di Guangdong lebih gemar menghidangnya dengan berintikan daging, ayam atau udang.