Terserah kerajaan negeri jika nak ambil alih tanah kuil

rusuhan
rusuhan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata terserah kepada kerajaan negeri Selangor untuk mengambil alih tanah kuil Sri Maha Mariamman, di USJ 25, Subang Jaya jika ia mahu berbuat demikian.

Namun perdana menteri mengingatkan bahawa isu itu masih terikat dengan keputusan mahkamah.

"Kita masih terikat dengan keputusan mahkamah, jika kerajaan negeri mahu melakukannnya, ia harus mengambil tindakan untuk itu jika mereka boleh .. ambil semula tanah itu," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, dilaporkan terdapat khabar angin bahawa kerajaan Selangor akan mengambil alih tanah kuil itu.

Ditanya adakah kerajaan Persekutuan bercadang mengambil alih tanah tersebut, Dr Mahathir berkata: "Tidak, ini soal kerajaan negeri. Tanah ialah soal negeri. Kita tidak ada hak. Kita hanya berhak dalam soal rusuhan," katanya.

Sementara itu, berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak dengan kos permohonan tiga penganut kuil itu untuk menangguhkan pelaksanaan Interim Penghakiman Persetujuan dan Writ Milikan oleh One City Development Sdn Bhd (One City) bagi mendapatkan semula tapak kuil itu, Dr Mahathir berkata mereka masih boleh membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

Katanya kerajaan juga akan melihat keperluan untuk menjadi 'orang tengah' antara kuil dan pemaju dalam menangani kemelut berkenaan.

Ditanya mengenai tindakan kerajaan jika terdapat kesalahan dilakukan syarikat pemaju berhubung isu itu, Dr Mahathir berkata tindakan mengikut undang-undang akan diambil.

Artikel Berkaitan:

"Sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang, tindakan undang-undang akan dikenakan," katanya. - Bernama