Kanak-kanak hilang dikhuatiri lemas di Beluran

No Image Caption
A
A
A

BELURAN – Seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun hilang dikhuatiri lemas di Sungai Kampung Muanad 3 di sini hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah malam ini, kehilangan Amanual Darius dilaporkan pukul 4.56 petang tadi oleh bapanya yang datang ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran meminta pertolongan mencari anaknya.

“Kanak-kanak itu dipercayai hilang di tebing sungai ketika aktiviti riadah bersama rakan kira-kira 4.30 petang tadi.

“Sepasukan dari BBP Beluran kemudian bertolak menggunakan sebuah jentera, seterusnya melalui laluan pejalan kaki untuk sampai ke lokasi kejadian sejauh 10 km dari BBP bagi mendapatkan maklumat awal dan membuat pemeriksaan sekitar kawasan,” kata kenyataan itu.

Pencarian mangsa menggunakan penyelamatan di permukaan dijalankan di tepi sungai dibantu oleh penduduk kampung, namun sehingga malam ini, mangsa belum dijumpai.

Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) dari Zon Sandakan telah diarahkan dan akan bergerak ke lokasi kejadian bagi memberikan bantuan mencari dan menyelamat mangsa tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan: