Syed Saddiq sokong Undi 18 dilaksanakan segera

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan memberi sokongan penuh dalam usaha untuk memastikan Undi 18 dikuatkuasakan sekiranya dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Beliau yang juga pengasas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berkata, pada Januari lalu, kerajaan Perikatan Nasional (PN) diuar-uarkan menangguhkan Undi-18, namun terpaksa mendengar rintihan rakyat agar ia dapat dilaksanakan sepenuhnya selepas didesak beberapa kali.

“Sokongan tidak boleh ikut sama ada kita dalam kerajaan atau pembangkang.

“Apa yang kerajaan buat memberi manfaat kepada rakyat kita akan sokong,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Syed Saddiq berkata, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican kerana mengusahakan perkara tersebut di dalam kabinet.

Pada Ahad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan, memberi jaminan kerajaan akan melaksanakan Undi 18 dalam masa terdekat pada tahun ini.

Beliau dilaporkan berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika ini masih meneliti beberapa perkara sebelum dimuktamadkan dan menjangkakan ia dapat dilaksanakan Julai ini sekali gus akan membolehkan rakyat Malaysia berumur 18 tahun mengundi pada Pilihan Raya Umum ke- 15 (PRU15).

Artikel Berkaitan: