X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 29 Januari 2022

Covid-19: 14 lagi sekolah di Negeri Sembilan ditutup

Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A

SEREMBAN - Sebanyak 14 lagi sekolah di negeri ini diarahkan tutup selama dua hari susulan terdapat kes positif Covid-19 di sekolah.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, atas nasihat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) sekolah tersebut perlu ditutup bagi membolehkan pihaknya mengesan kontak rapat.

Sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Batu, SK King George V, SK Labu, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Forest Heights, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chan Wa dan SJKC Chung Hua.

"Turut terkesan ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Lorong Java, SMK Bukit Kepayang, SJKT Nilai, SMK ST Paul, SMK King George, SMK Kompleks KLIA, SMK Bukit Mewah dan SJKC Bandar Springhill.

"Semua sekolah ini ditutup sehingga 4 Mei bagi membolehkan PKD membuat penilaian risiko, pengesanan kontak rapat dan sekolah menjalankan proses disinfeksi," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, penutupan sekolah boleh dilanjutkan melebihi tempoh dua hari berdasarkan saranan, nasihat dan penilaian risiko oleh PKD berkaitan.

Katanya, ibu bapa bagaimanapun tidak perlu panik berikutan kerja-kerja sanitasi akan dilakukan dalam kadar segera.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!