Tentera AS mula berundur dari Afghanistan

Tentera Amerika Syarikat mula berundur dari Afghanistan sebagai sebahagian pelan pentadbiran Presiden Joe Biden untuk menarik balik sepenuhnya tentera AS daripada negara itu. Foto Reuters.
Tentera Amerika Syarikat mula berundur dari Afghanistan sebagai sebahagian pelan pentadbiran Presiden Joe Biden untuk menarik balik sepenuhnya tentera AS daripada negara itu. Foto Reuters.
A
A
A

WASHINGTON - Tentera Amerika Syarikat mula berundur dari Afghanistan sebagai sebahagian pelan pentadbiran Presiden Joe Biden untuk menarik balik sepenuhnya tentera AS daripada negara yang dilanda perang selepas 20 tahun konflik, lapor Agensi Anadolu memetik CNN pada Khamis.

Kira-kira 100 tentera bersama sebahagian besar peralatan ketenteraan diangkut dengan pesawat, kata laporan itu, memetik beberapa pegawai pertahanan AS.

Awal bulan ini, Biden mengumumkan AS akan membawa pulang semua tenteranya menjelang 11 September - ulang tahun ke-20 serangan pengganas 9/11 yang mendorong operasi ketenteraan Amerika.

Menurut pegawai yang sama, kontraktor dan petugas kerajaan AS turut sama meninggalkan negara itu.

Penempatan tentera asing bermula di Afghanistan pada 7 Oktober 2001 ketika AS bersama-sama United Kingdom melancarkan Operasi Enduring Freedom. Mereka disertai oleh 43 sekutu dan rakan NATO selepas PBB memberi kuasa kepada Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa pada 20 Disember 2001.

Setakat ini, terdapat 9,592 anggota tentera dari 36 negara ditempatkan di Afghanistan. AS mendahului senarai dengan 2,500 tentera.

AS telah mengerahkan kapal induk pesawat udara ke wilayah tersebut untuk mengangkut pesawat perang sebagai langkah keselamatan sekiranya pasukan Amerika diserang Taliban. - Bernama

Artikel Berkaitan: