Pesara tentera menang RM30,000

Pengumuman pemenang peraduan PKPNimsXSinar dihoskan oleh Tengku Norhanim (kiri) dan Addy Junaidy.
Pengumuman pemenang peraduan PKPNimsXSinar dihoskan oleh Tengku Norhanim (kiri) dan Addy Junaidy.
A
A
A

SHAH ALAM- Seorang pesara tentera dari Gerik, Perak mendapat ‘duit raya’ awal berjumlah RM30,000 apabila diumumkan sebagai pemenang tempat pertama peraduan PKPNimsXSinar.

Abdul Aziz Che Hussin, 55, menyertai peraduan berkenaan sebagai salah satu cara menyokong produk keluaran Muslim.

“Banyak juga peraduan yang saya sertai, semuanya bertujuan untuk membantu pengusaha produk-produk Muslim,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Selain wang tunai, bapa kepada tujuh orang anak ini turut membawa pulang produk Nims bernilai RM1,000.

Menurut Abdul Aziz, wang kemenangan itu akan digunakan untuk menampung kos pembelajaran dua anaknya yang masing-masing belajar di Mesir dan sebuah tahfiz di Gerik.

Farah melakukan cabutan peraduan bagi kategori hadiah utama.
Farah melakukan cabutan peraduan bagi kategori hadiah utama.

Sementara itu, tempat kedua peraduan dimenangi oleh Jamaliah Yahya, 38, dari Padang Rengas, Perak yang membawa pulang RM10,000 beserta produk Nims bernilai RM500.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Khairunnabilah Shahriman, 22, dari Raub, Pahang yang membawa pulang RM5,000 serta produk Nims bernilai RM250.

Artikel Berkaitan:

Sesi cabutan hadiah utama peraduan itu disempurnakan oleh Pengasas Nims, Tengku Norhanim Tengku Othman; Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Harian, Farah Hussamuddin dan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Rozaid Rahman.

Selain hadiah utama, turut diumumkan adalah pemenang bagi kategori hadiah kreatif, kategori siri warna dan saguhati.

Bagi kategori hadiah kreatif, Mohamed Mazlan Mohd Zain meraih wang tunai RM10,000 dan produk Nims bernilai RM1,000.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Azlinda Remie Zainal Azhar yang membawa pulang RM5,000 beserta produk Nims bernilai RM500.

Rozaid membuat cabutan nama pemenang untuk peraduan PKPNimsXSinar.
Rozaid membuat cabutan nama pemenang untuk peraduan PKPNimsXSinar.

Sementara tempat ketiga dimenangi oleh Muhammad Shazlan Shah Ramli yang menerima wang tunai RM2,000 beserta produk Nims bernilai RM250.

Bagi kategori siri warna, tempat pertama dimenangi oleh Nurul Nabilah Mahyudin yang memperoleh RM1,000.

Tempat kedua dimenangi oleh Muhammad Adie Irfan Zulkifele (RM700) dan tempat ketiga, Nurul Hazrine Nainee Mohd Saufi (RM500).

Pengumuman pemenang peraduan PKPNimsXSinar ini disiarkan secara langsung menerusi platform digital Sinar Harian.

Peraduan PKPNimsXSinar telah berlangsung bermula 2 Februari dan berakhir 16 April lalu, menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM150,550.

Tengku Norhanim ketika ditemui berkata, beliau tidak menyangka penyertaan yang diterima sangat menggalakkan.

“Peminat Nims dan pembaca Sinar Harian sangat menyokong dengan menyertai peraduan ini.

“Ketika bersiaran langsung, kita mendapat maklum balas daripada pemenang penyertaan mereka sebagai tanda menyokong produk dan barangan keluaran Muslim,” katanya.

Beliau pada masa sama turut berharap orang ramai terus memberi sokongan terhadap produk keluaran Nims Adeliciousz.

“Kami memang akan terus fokus dan keluarkan lebih banyak lagi produk makanan berasaskan coklat dan bijirin untuk menjadi ikon pada masa akan datang.

“Insya-ALLAH, Nims akan berada di seluruh Malaysia termasuk dikenali di luar negara,” katanya.

Tengku Norhanim turut merancang untuk meneruskan konsep peraduan seperti ini menerusi Sinar Harian atau platform lain pada masa akan datang.

Antara produk-produk keluaran Nims Adeliciousz yang mendapat tempat di hati pembaca Sinar Harian.
Antara produk-produk keluaran Nims Adeliciousz yang mendapat tempat di hati pembaca Sinar Harian.