Kerajaan perlu jelaskan garis masa pelaksanaan Undi 18

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan digesa menjelaskan dengan lebih terperinci berhubung garis masa bagi pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Undi 18.

Ia susulan kenyataan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang berusaha melaksanakan Undi18 segera.

Persatuan Pengundi Muda berkata, kerajaan juga perlu lebih terbuka memaklumkan masalah yang wujud untuk menurunkan had umur pengundian.

"Takiyuddin dan kerajaan Malaysia perlu memberikan penjelasan berkenaan garis masa yang lebih teliti untuk pelaksanaan RUU (Undi 18) kepada anak muda.

"Kami juga berharap sebarang kesulitan dalam pelaksanaan RUU Undi 18 dimaklumkan," kata mereka dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pada bulan lalu, SPR telah menangguhkan pelaksanaan Undi 18 ke September tahun depan dengan alasan bahawa perintah kawalan pergerakan (PKP) mempengaruhi persiapan mereka untuk melaksanakan Undi 18.

Bagaimanapun, Takiyuddin dalam satu kenyataan mengatakan bahawa SPR mempercepat usaha mereka berikutan keputusan kabinet untuk menurunkan usia pengundian tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan: