Murid Tahun Satu bonceng motosikal nenek maut digilis lori

Seorang murid Tahun Satu maut selepas terjatuh daripada motosikal yang diboncengnya sebelum digilis lori di Kilometer 172 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Kampung Felda Neram pada Khamis.
Seorang murid Tahun Satu maut selepas terjatuh daripada motosikal yang diboncengnya sebelum digilis lori di Kilometer 172 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Kampung Felda Neram pada Khamis.
A
A
A

KEMAMAN- Seorang murid Tahun Satu maut selepas terjatuh daripada motosikal yang diboncengnya sebelum digilis lori di Kilometer 172 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Kampung Felda Neram di sini, pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, Muhammad Nur Rifqi Khairulamru meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.

Nenek dan sepupunya pula mengalami kecederaan ringan.

Difahamkan, motosikal yang ditunggang nenek mangsa berusia 59 tahun tergelincir sewaktu melalui bahu jalan yang agak tinggi.

Keadaan itu dipercayai menyebabkan mangsa terjatuh daripada motosikal sebelum digilis sebuah lori membawa muatan arang batu yang datang dari belakang.

Motosikal itu kemudian hilang kawalan menyebabkan nenek dan sepupu mangsa turut terjatuh di bahu jalan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat manakala dua lagi yang lain dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk rawatan lanjut," katanya. - AWANI

Artikel Berkaitan: