'Jangan ambil duit raya'

Gambar kanan: Ayob Khan
Gambar kanan: Ayob Khan
A
A
A

KLUANG - Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengingatkan pegawai dan anggota polis di negeri ini supaya tidak meminta atau menerima duit raya daripada mana-mana pihak.

Beliau berkata, sekiranya masih berdegil tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka.

"Saya akan mengambil tindakan jika ada maklumat, tiada istilah duit raya. Bagi kurma lain tapi kalau duit raya lain.

"Kalau tauke-tauke judi bagi duit raya bukannya RM1,000 kadang-kadang RM10,000...yang mana ambil rasuah saya sudah dan akan ambil tindakan siasat, tiada tolak ansur," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Majlis Intan Executive Lecture Series:Integriti, Penghayatan, Praktik dan Cabaran di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) Kampus Wilayah Selatan di sini pada Khamis.

Katanya, berbeza dengan pemberian buah kurma yang kerap diamalkan umat Islam pada Ramadan, itu tidak dianggap sebagai rasuah sebaliknya hadiah kepada seseorang.

"Saya pernah bersiaran dengan (Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor), Datuk Nooh Gadot, istilahnya hadiah bukan sedekah untuk mereka yang berkemampuan.

"Setakat buah kurma ni takkan nak kata rasuah, kalau buah durian musang king itu mungkin boleh sedikit sebab mahal.

Artikel Berkaitan:

"Takkan kita nak kategorikan sebagai rasuah terutama bulan puasa ini, banyak sedekah makanan, banyak dapat pahala," katanya.