Dua beradik jatuh jambatan gantung ketika naik motosikal bersama ibu

Dua beradik dikhuatiri lemas selepas selepas motosikal ditunggangi ibu mereka hilang imbangan semasa melalui jambatan gantung di Kampung Rekoh, Rompin pada Rabu.
Dua beradik dikhuatiri lemas selepas selepas motosikal ditunggangi ibu mereka hilang imbangan semasa melalui jambatan gantung di Kampung Rekoh, Rompin pada Rabu.
A
A
A

ROMPIN – [DIKEMAS KINI] Dua beradik dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari jambatan gantung sebelum dihanyutkan arus Sungai Kampung Rekoh di sini pada pagi Rabu.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada jam 11.15 pagi ketika mangsa, Putri Rama Dhania Azahra Masari, 3, dan kakaknya Dhenis Maulida Putri ,7, membonceng motosikal yang ditunggang ibunya.

Pemangku Ketua Balai Daerah Rompin, Asisten Superintendan Mohd Isa Bidin berkata, ibu mangsa dikatakan membawa dua anaknya yang baru pulang dari Sekolah Kebangsaan Keratong 1 ke rumah mereka di ladang Peetih di sini.

"Motosikal yang ditunggangi tiga beranak itu hilang keseimbangan dan terbalik di atas jambatan menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh ke dalam sungai,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, polis yang menerima panggilan kira-kira jam 11.20 pagi bergegas ke tempat kejadian sebelum operasi pencarian digerakkan melibatkan pelbagai agensi pada jam 12 tengah hari.

Artikel Berkaitan:


Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang melibatkan 30 anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dihentikan kira-kira jam 6 petang.

"Mangsa tidak ditemui hari ini dan SAR akan disambung keesokan hari,” katanya.