Mahu pinjam RM10,000, duit sendiri lesap RM10,107

Cai Tung (tengah) menunjukkan iklan sebuah syarikat peminjam wang yang menipu Ira (kiri) dalam sidang akhbar di Pusat Khidmat DUN Johor Jaya, Johor Bahru pada Rabu.
Cai Tung (tengah) menunjukkan iklan sebuah syarikat peminjam wang yang menipu Ira (kiri) dalam sidang akhbar di Pusat Khidmat DUN Johor Jaya, Johor Bahru pada Rabu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Niat seorang pengasuh untuk mendapatkan pinjaman RM10,000 daripada sebuah syarikat pemberi pinjaman dalam talian berakhir dengan ditipu sehingga kerugian RM10,107.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ira berkata, dia memohon pinjaman RM10,000 setelah melihat iklan dalam sebuah laman web syarikat yang menawarkan pinjaman secara dalam talian pada 13 April lalu.

"Saya dikehendaki mengisi maklumat dan jumlah pinjaman sebelum seorang lelaki bermakna Shawn menghubungi saya meminta wang RM600 untuk pemprosesan.

"Selepas itu, kawan Shawn bernama Elvin menghubungi saya meminta pembayaran pendahuluan untuk enam bulan sebanyak RM1,962," katanya pada pemberita di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya di sini pada Rabu.

Menurutnya, dia memohon pinjaman tersebut untuk membantu datuknya yang sedang sakit selain kegunaan bagi perkahwinannya pada bulan depan.

Setelah membayar wang pendahuluan itu katanya, seorang lelaki bernama Kenneth menghubungi memaklumkan permohonannya tidak layak kerana ranting kredit yang rendah.

"Kenneth menawarkan bantuan di mana saya perlu membayar lagi wang untuk menaikkan ranting kredit itu supaya permohonan saya lulus," katanya.

Selepas itu pengurus syarikat itu menghubunginya meminta dia meminjam sebanyak RM20,000 dan meminta bayaran RM2,000 untuk surat perjanjian peguam.

Artikel Berkaitan:

"Namun apabila saya meminta membatalkan penjamin itu saya diarah membayar denda dan pengurus itu mengugut pula," katanya.

Dia sudah membuat pembayaran lapan transaksi dalam talian membabitkan kerugian RM10,107 yang diperoleh dengan meminjam daripada majikannya dan keluarga.

Transaksi tersebut berlaku dalam tempoh 13 hingga 17 April lalu dan syarikat pemberi pinjaman itu senyap sehingga kini.