Penjawat Awam Pahang terima bantuan khas RM1,000

Gambar hiasan. Gambar kecil: Wan Rosdy Wan Ismail
Gambar hiasan. Gambar kecil: Wan Rosdy Wan Ismail
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM1,000 kepada kira-kira 8,000 penjawat awam Pahang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, BKK itu dibayar kepada penjawat awam meliputi semua gred.

Menurutnya, bantuan khas tersebut melibatkan implikasi kewangan kira-kira RM8 juta dan bayaran akan dibuat pada 7 Mei ini," katanya melalui satu kenyataan pada Rabu.

Wan Rosdy berkata, pemberian sagu hati kerajaan negeri itu turut dinikmati penjawat awam Persekutuan bergred Jusa C ke atas yang berkhidmat di negeri ini.

"Keputusan ini dicapai pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini (Rabu) dengan mengambil kira kemampuan kewangan negeri.

"Keputusan ini juga sebagai bukti sikap peduli kerajaan negeri Pahang terhadap seluruh rakyat termasuk dalam kalangan penjawat awam," katanya.

Beliau berkata, wang pemberian itu diharap dapat digunakan sebaiknya.

"Kepada badan-badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini, saya sarankan agar mereka turut menghulurkan pemberian serupa kepada pegawai dan kakitangan masing-masing," katanya.

Artikel Berkaitan: