Barcelona perlu lupakan Neymar

Neymar (kanan) menyatakan hasrat untuk terus kekal di Parc des Princes.
Neymar (kanan) menyatakan hasrat untuk terus kekal di Parc des Princes.
A
A
A

PENYERANG Paris Saint Germain (PSG), Neymar akan terus kekal di Parc des Princes walaupun sebelum ini dikaitkan untuk kembali beraksi bersama kelab lamanya iaitu Barcelona.

Menurut Neymar, dia tidak berhasrat untuk berpindah daripada kelab tersebut dan memberikan bayangan akan terus kekal di Perancis untuk tempoh yang lama.

Kontrak Neymar bersama PSG akan berakhir pada Jun 2022 dengan masih tiada kata putus dicapai setakat ini untuk menyambung kontrak pemain kelahiran Brazil itu.

"Kami sedang dalam perbincangan kontrak baharu bersama PSG. Saya tidak mahu memberikan tekanan dan segalanya berjalan lancar dan akan diselesaikan dalam masa terdekat.

"Saya gembira untuk terus berada di sini dan memberikan yang terbaik buat pasukan dan penyokong. Saya sedar ramai peminat yang mahu saya kekal di sini.

"Saya mengharapkan penyokong akan terus memberikan sokongan kepada semua pemain kerana semangat mereka memberikan kekuatan kepada pasukan ini," katanya.

Neymar mencipta sensasi menjadi pemain bola sepak termahal dengan rekod perpindahan daripada Barcelona ke PSG dengan harga €222 juta (RM1.12 bilion) pada 2017.

Pemain berusia 29 tahun itu pantas mengukir nama bersama kelab gergasi Perancis itu dengan meledak 84 gol daripada 109 perlawanan selain membantu PSG menjuarai kejuaran Ligue 1 tiga kali berturut-turut.

Artikel Berkaitan: